PROFIL PEKDIS
Adalah singkatan bagi
Pertubuhan Dakwah Islamiah Sekolah - Sekolah Malaysia. Bergerak sebagai
sebuah badan bukan kerajaan (NGO), ia mula ditubuhkan pada tahun 2005. Yang
DiPertua PEKDIS yang pertama ialah Yang Berbahagia Hj. Abd. Razak bin Draman,
Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan , Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
(JAPIM), KPM. Bagi sesi 2009/2010, jawatan Yang DiPertua PEKDIS disandang oleh
Tn. Hj. Abdullah bin Md. Din, Timbalan Pengarah (Operasi Dakwah),
Bahagian Pendidikan Islam, KPM.
Sehingga 2010, jumlah guru Pendidikan Islam
seluruh Negara telah mencapai angka lebih 42 ribu orang. Jumlah ini dijangka
akan mencecah angka lebih 60 ribu orang apabila semua keperluan jawatan diisi
menjelang 2015 nanti. Sehubungan dengan itu, semua Guru Pendidikan Islam perlu
menjadi ahli pertubuhan bagi mendokong dan membantu aktiviti-aktiviti dakwah
Islamiah sekolah-sekolah serta menjaga kebajikan dan kepentingan perkhidmatan
masing-masing.
VISI
Sebuah Organisasi
yang berwibawa dalam memperjuangkan nasib ahlinya tanpa mengabaikan
tanggungjwab sebagai Pendidik
MISI
Memastikan perjuangan
dalam semua aspek kebajikan ahlinya dapat disalurkan dengan cara paling
berkesan demi keselesaan dan kesejahteraan para ahlinya
TUJUAN
Merapatkan Ukhuwwah
Islamiah antara Guru Pendidikan Islam (GPI), meningkatkan prestasi perkhidmatan
dan profesionalisme GPI serta menjaga kebajikan GPI.
Menjalinkan kerjasama
antara Jabatan dan Institusi Pendidikan dan juga dengan badan-badan Dakwah dan
agensi-agensi lain bagi menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Meningkatkan kualiti
pengurusan Pendidikan Islam dan Dakwah melalui perkongsian idea dan pengalaman
di semua peringkat.
Mendukung dan
mengamalkan prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Islam (FPI).
Membantu pelaksanaan
aktiviti Dakwah dan kokurikulum Pendidikan Islam di sekolah.
Menerima derma,
tajaan dan sumbangan dengan syarat telah mendapat kelulusan Pendaftar
Pertubuhan dan lain-lain agensi yang berkaitan.
Merancang dan
melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan
kewangan di cawangan-cawangan PEKDIS seluruh negara dengan mendapat kelulusan
Mesyuarat Agung terlebih dahulu.
Merancang dan melaksanakan
progarm dan aktiviti-aktiviti yang memberi perkhidmatan, kebajikan kepada semua
ahli dari segi pendidikan, kerjaya dan kesihatan.
KEAHLIAN
Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk
mengajar matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di
institusi-institusi pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan.
Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan yang telan bersara.
Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) atau Pejabat Pendidikan Bahagian.
Bagus, manfaat sekali
BalasPadam