UNIT PENDIDIKAN ISLAM
Pengenalan / Latar Belakang
Unit
Pendidikan Islam (UPI) merupakan salah sebuah sub unit dari Sektor Pembelajaran,
Pejabat Pendidikan Daerah Kerian yang diterajui oleh dua orang pegawai ;
- Penolong PPD Pendidikan Islam (Ustaz Hasbullah bin Ahmad)
- Penolong PPD Pendidikan Islam (Ustaz Khairul Anuar bin Arshad)
Unit
Pendidikan Islam (UPI) bertanggungjawab melaksanakan Kurikulum Pendidikan Islam
dan Bahasa Arab, mengendalikan operasi pengurusan institusi pendidikan agama,
mengendalikan operasi pengurusan dakwah dan syiar Islam serta aktiviti
keagamaan di Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.
Falsafah Pendidikan Islam
Pendidikan
Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Fungsi Utama
- Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta segala keperluan yang berkaitan dengannya merangkumi semua program-program berikut ;
- Kurikulum Pendidikan Islam Teras dan Elektif, Bahasa Arab, Kurikulum Bersepadu Dini, Azhari dan Tahfiz, Program j-QAF, Kelas Kemahiran Al Quran dan Kelas Aliran Agama.
- Program Pengukuhan, Kawalan dan Penghayatan Akidah serta Pemikiran, Dakwah dan Kepemimpinan, Pembangunan Akhlak dan Nilai serta Pengembangan Budaya dan Syiar Islam.
Visi
Unit
Pendidikan Islam peneraju Pendidikan Islam bertaraf dunia dalam menjana
generasi berilmu, beriman dan beramal soleh untuk mencapai kebahagiaan di dunia
dan kesejahteraan di akhirat
Misi
Mempertingkat
kualiti Pendidikan Islam melalui pengurusan yang cemerlang ke arah menghasilkan
modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia
Objektif
Dalam
mencapai visi dan misi, Unit Pendidikan Islam telah menetapkan objektif untuk
memperkasakan Pendidikan Islam (PI), Bahasa Arab (BA), Institusi Pendidikan
Agama (IPA) dan Dakwah dalam aspek berikut:
- Pengoperasian dasar PI, BA, IPA dan Dakwah yang lengkap dan komprehensif mengikut kehendak dan keperluan pendidikan.
- Pelaksanaan arahan dan keputusan pihak pengurusan tertinggi berkaitan dengan PI, BA, IPA dan Dakwah.
- Pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan ICT dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dalam persekitaran kerja yang kondusif.
- Pembangunan, perolehan, penyelidikan, inovasi, kejurulatihan, promosi dan pendokumentasian.
- Perancangan dan pelaksanaan program dakwah, kepimpinan, pengukuhan nilai dan pengembangan syiar Islam kepada seluruh warga pendidik.
- Hubungan dan kerjasama antara Unit Pendidikan Islam dengan semua agensi berkaitan dalam dan luar negeri secara permuafakatan.